CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, February 26, 2011

aku hanya manusia biasa

Aku bukan siapa-siapa. aku hanya manusia biasa. Buat masa ini aku mempunyai pekerjaan yang pasti boleh membantu suamiku nanti apabila aku sudah berkahwin kelak untuk mencari rezeki kami bersama. Tetapi aku tidak tahu apakah kemudiannya aku akan tetap bekerja. Aku tidak tahu apakah kami nanti dapat bersama-sama sampai hujung nyawa ku kerana aku tidak tahu suratan jodoh aku namun yang pasti aku ingin hidup bersamanya hingga nafasku yang terakhir ingin sehidup semati dengannya.Aku tidak berani menjanjikan apa-apa. aku hanya akan berusaha semungkinnya menjadi lebih baik dari sekarang.

Aku hanyalah manusia biasa yang punya banyak kelemahan. Cinta aku juga biasa saja. Oleh kerana itu aku menginginkan suami ku kelak membantu aku memupuk dan merawat cinta ini agar menjadi luar biasa. ~amin

No comments:

Post a Comment