CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, March 3, 2011

Pinjaman Tanpa Faedah MiMBAR Selangor Bantu Rakyat Berpendapatan Rendah di Bandar

Program Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR) baru sahaja dilancarkan semalam (3 Mac 2011) bagi membantu golongan berpendapatan rendah meningkatkan pendapatan mereka. Dari apa yang saya tahu MiMBAR ini menawarkan pinjaman tanpa faedah sehingga RM5,000 dan pembayaran balik dalam masa satu tahun.

Syarat-syarat pinjaman adalah:
  • Pendapatan seisi rumah kurang dari:
    • RM1,500 bujang atau berkahwin tanpa anak
    • RM2,500 berkahwin dengan anak kurang 3 orang
    • RM3,000 berkahwin dengan anak melebihi 4 orang
  • Warga Malaysia berusia 18 tahun ke atas
  • Warga Selangor atau bermastautin lebih 8 tahun
  • Memiliki asset tidak lebih RM50,000 dalam segala bentuk
  • Menetap di bandar-bandar Negeri Selangor sahaja
Bagi saya ianya satu inisiatif yang baik oleh kerajaan negeri bagi membantu rakyat bagi meningkatkan ekonomi dan yang penting ianya tidak mengenakan faedah (Qardul Hassan). Maknanya kalau pinjam RM3,600 kita perlu bayar RM3,600 juga so sebulan RM300 since jangkamasa adalah setahun.