CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, February 27, 2011

aku di landa kesedihan.... :'(

Tak tahu bagaimana hendak memulakan.. tak tahu bagaimana hendak ku luahkan kesedihan ini... Haruskah aku bercerita disini?? namun aku tidak mungkin dan tak ingin mengaibkan sesiaper... Hakikat dlm hati ini aku teramat sedih.. menangis sepanjang malam... dan hari ini aku pergi bekerja dengan mata yang bengkak... Terasa seperti ada sesuatu yang hilang... terasa seperti semangat ku sudah tiada...aku hanya mampu menahan kesedihan ini.... menahan dari air mata ini keluar... aku pasrah... aku redha jika ini yang harus kuterima.. jika ini dugaan dari MU.... Apakah ini semua salah ku.. apakah ini semua silap ku.... Aku buntu.. per yang aku perlu lakukan.... Aku memohon petunjuk dariMU...... Pergi lah kesedihan jauh dariku... aku dah cukup tersiksa.......

Saturday, February 26, 2011

aku hanya manusia biasa

Aku bukan siapa-siapa. aku hanya manusia biasa. Buat masa ini aku mempunyai pekerjaan yang pasti boleh membantu suamiku nanti apabila aku sudah berkahwin kelak untuk mencari rezeki kami bersama. Tetapi aku tidak tahu apakah kemudiannya aku akan tetap bekerja. Aku tidak tahu apakah kami nanti dapat bersama-sama sampai hujung nyawa ku kerana aku tidak tahu suratan jodoh aku namun yang pasti aku ingin hidup bersamanya hingga nafasku yang terakhir ingin sehidup semati dengannya.Aku tidak berani menjanjikan apa-apa. aku hanya akan berusaha semungkinnya menjadi lebih baik dari sekarang.

Aku hanyalah manusia biasa yang punya banyak kelemahan. Cinta aku juga biasa saja. Oleh kerana itu aku menginginkan suami ku kelak membantu aku memupuk dan merawat cinta ini agar menjadi luar biasa. ~amin

Tuesday, February 22, 2011

true story..

akhirnya bini aku sain borang itu... yabedabedu.... 


...gembira hati bertalu-talu!

apa taknya, sekian lama aku mintak, penuh alasan aku bagi, akhirnya, borang itu telah pun disainnya....

borang apa? poligami ke?! oh yes, sudah semestinya! aku bebas memilih calon bini yang baru, huhuhu!

'tapi yang, kali ni saya yang pilih sendiri ye, tak nak awak yang pilih, pilihan awak tu merepek, tak senonoh punya pilihan!'

'awak nak pilih yang macam mana?!'

'saya bukan hipokrit, saya mestilah nak pilih yang lawa, kaki panjang, putih...hm... lebih muda pada awak!'

bini aku angguk aje.

aku tau, sedikit sebanyak dia terguris, pasti ada cemburu di dada. namun, aku tak nak berzina, aku tak nak buat maksiat, aku tak nak ada affair and no scandal-scandal! sebab tulah aku tekankan untuk berpoligami. walaupun hakikatnya pahit, tapi halal! kalau aku adil, rumahtangga pasti bahagia! dan, alhamdulillah, bini aku faham. bini aku tak mau aku lakukan zina dan dia pun tau aku sangat sayangkan keluarga aku ini! sebab tulah aku rasa, akhirnya dia sain jugak borang itu yang aku simpan dalam laci yang berkunci.

kadang-kadang aku rasa bersalah, tapi, tuntutan aku sebagai lelaki tak mampu untuk aku tahan! aku tak nak jadi penipu, pengkhianat, jadi jalan terbaik adalah berpoligami secara halal dan direstui bini.

'kalau saya pun, sure saya pilih yang lebih hensem dari awak, yang muda dari awak, yang sasa dari awak!'

aik! lain macam aje! aku tenung muka bini aku malam selepas dia sain borang itu.

'itu dah suratan allah, cuma lelaki aje yang boleh kawin lebih daripada satu! kalau orang pompuan pun boleh, saya pun nak! saya bukan hipokrit! saya pun leleh tengok budak-budak muda, yang nampak sporty, nampak macho... yang pastinya tak ada gout!'

aku telan liur! gout-gout jangan mention ek, ni isu sensitif ni! ni dah lebeh ni!

'tak apalah wak, awak carilah yang muda dari saya, yang cun, nanti kalau awak dapat yang kurang dari saya, awak mintak tambah satu lagi, kali ni pilih yang betul-betul cun, yang lawa, yang body meleleh cutting model....'

aku tau bini aku tu jealous dan kecewa, sebab tulah dia cakap macam tu....

'harap-harap nanti bila lepas bini muda awak tu beranak, taklah badan naik mendadak....'

aku telan liur lagi!

'banyak kes, orang pompuan ni masa belum beranak memanglah meleleh, lepas beranak kalu, semua alignment lari... bodykit jugak ada pasang macam kereta sport awak dulu-dulu tu, hah, masa tu, bini yang dulu tinggi lampai, baru nampak lowered!'

'saya faham awak kecewa....'

'eh taklah, saya happy, kalau awak happy saya lagi happy! saya memang nak awak happy!lagipun, kalau awak dah kawin nanti, kuranglah kerja saya bila malam jumaat nanti!'

lain macam aje statement bini aku ni....

'patutnya, allah bagi lelaki pompuan sama-sama hak boleh kawin lebih dari satu, kan best,kan yang?!'

aku tenung muka bini aku. (cun tu)

'saya pun bila awak mintak saya sain borang poligami, saya pun hulur borang untuk awak pulak sain! (senyum) sama-sama kita sain! bila awak balik rumah bini muda, saya balik rumah laki muda, huh best-nya!'

bulu roma aku naik, muka aku kembang! cemburu aku mendadak. bila awak balik rumah bini muda, saya balik rumah laki muda, huh best-nya!'tapi pun best gak, kan yang, at least kita sama-sama ada experience, boleh kita praktikkan kat pasangan muda kita tu! macam-macam style yang pernah kita buat, kita share dengan diorang! ala, lagipun apa yang nak di-jealous-kan, ia sekadar seks aje! kucing, ayam, lembu, tukar-tukar pasangan selamba aje. tak pulak rasa cemburu, betul tak?!'
aku telan liur! ye ke?!

'saya kalau ada laki muda, kena pasang badan lebihlah, takut nanti, laki lari, dia pun mintak borang poligami macam awak jugak! tiap malam bila turn saya dengan dia... sembur minyak wangi, sapu losen satu badan, saya kenalah pakai gaun nipis warna pink, huh....'

'o, masa dengan saya awak pakai t-shirt pangkor aje?'

'aik?! awak jealous ke?'

aku terkedu. terpaku! kantoi....

'apalah awak ni....' ketawa. 'itu pun awak nak jealous! manalah orang pompuan boleh kawin lebih dari satu, saya just imagine aje, alangkah best-nya kalau pompuan pun dapat hak yang sama macam tu!'

'hm, okeylah, saya nak mandi ni....' aku tutup pintu bilik mandi, termenung!

'wak! nanti kalau awak dah ada calon tu, sebelum awak lamar dia, bawaklah jumpa saya dulu, boleh berkenal-kenalan, ye!'

aku diam terpaku!

pintu bilik mandi diketuk perlahan. 'yang! ooo yang... awak okey ke? yuhuu!'

aku tak layan panggilan bini aku itu. namun, aku terpaku, kaku... bukak shower dan biarkan air dingin membasahi kepala.

malam itu, di tengah malam sewaktu bini aku sedang nyenyak tidur, aku tatap wajah dia! belai lembut rambut dia sehingga dia pusingkan kepalanya. aku kucup penuh cinta dahinya. dialah wanita yang telah berkongsi hidup sebelas tahun lamanya, susah-senang dengan aku. ehem, masih cun lagi tu walaupun malam itu dia pakai t-shirt langkawi aje! perlahan-lahan aku bingkas, bukak laci dan borang poligami yang dah bini aku sainkan itu aku koyakkan sehingga halus berkeping-keping.

nasib baik allah hanya benarkan lelaki aje yang berpoligami!

kalau tidak?!

apa nak jadi kat kita yang kaum adam ni, bro....



*sumber copy paste dari somebody! 
gila sakit hati walaupun bukan aku ditempat wanita berhati mulia ni, 
kepada bakal2 suami. fikirkanlah apakah anda tergamak nak lukakan hati orang kesayanganmu???

Thursday, February 10, 2011

lame tak update!!!!!!!!!!

wah.. lame nyer tak update.. bz memanjang.. bz per ntah.. aku pon tak taw.... sebok kerja... sebok orang kwen... sebok berdating... sebok per lagi yer??? huhuu.... pasal orang len kwen aku lak yang bz??? aishhhhh tang aku kwen lak...??? ops lambat ag.... ni pic2 mse ayu sepupu aku kawen sedare sebelah umah aku kwen.... aku keje sabtu tuh.. ahad pon keje gak... aiyakkkk banyak rajin woo... yup aku mmg rajin... hahahaha.. hmpeh jer...

ayu & yus 6.2.2011

selamat perngantin baru....

eh gambar aku lak... org letak gmbr pengantin.. huhu...

ni gambar kami family.... baju sedondon.. cantik tak??? ala cantik jugak...



dan ini adalh pengantin nyer.... cantik tak??? huhuu



ni sedare sebelah umah.. kami yang byk melaram lebih...



 ni ngan pengantin nyer... tup2 kerna baju same kene jadi model tok photographer.. aiyaklkkkkk


ni ngah makcik2 gue.... huhu... sayang kamo sumer...


 ni tuan umah.. sedang kami bergambar die pon nak jugak.. caiyaaa lah.....


pengantin pompuan...
ha ni lah keje aku.. attend orang kawe jer.. ramai tol nak kawen yer.... termasok aku.. sengal..... der ag sebenar nyer.... tp tak sempat.. sudah masok keje.. k ni dulu yer.... babai......