CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, April 28, 2011

pedulik kan......

ah nak masuk bulan 5. bajet majlis nikah bulan 11 nih. Tinggal lagi dalam 6 bulan jer kot tok prepare anything....  nak mencari wali lagi... ayah sudah pergi bulan 7 taon lepas... hmm masih sedih ag... adik beradik lelaki tiada.. mencari adik tiri sebelah ayah.. tidak berapa rapat..hmm agak payah di situ..

kadang-kadang tak paham. kenapa untuk 3 hari tu aje, setahun nak siapkan semuanya. mengapa dan kenapa???? kahwin terus je boleh tak? *boleh, kahwin lari kat siam* hahahhaha

aku tak idamkan majlis yang grand pun, yang very the vass tu. simple-simple cukup lah. yang penting nikah tu nanti. and kehidupan lepas kahwin tu. kenduri hanya nak meraikan saje kan. aku penah cakap kat mak, malas nak bersanding bagai. bagi je orang makan. pastu aku pakai je baju biase-biase. tapi mak mane lah kan taknak tengok anaknya naik pelamin kan. of course tak approve! kene marah ag tau....hahah

nak buat majlis kahwin ni memang pening kan? takut kalau tak buat majlis, nanti dikata orang macam2. well, korang tau aje lah sentimen orang malaysia ni kan. kalau buat grand, kata nak menunjuk plak. isk. tak faham lah.

ah sudah. pedulikan lah. yang penting aku yang nak kahwin. bukan diorang. kalau bising nak suruh buat besar-besaran, nak suruh aku tempah baju kat designer, nak suruh aku makeup mahal-mahal, bak ah duit sponsor. kalau taknak bagi, tengok dan diam aje! jangan nak bandingkan cara aku dengan orang lain ok! mereka mungkin kaya sangat terlebih duit tak tau beli ape, jadi splurge on baju kahwin sampai 3 ribu, pelamin 3 riban. sudah. tu bukan aku. 

kritikan dan cadangan memang bagus. tapi kalau nak menjahanam kan aku, baik tak payah! 

No comments:

Post a Comment